Powered By Blogger

Selasa, September 08, 2009





Latar Belakang Syarikat
Produk jenama anum's™ keluaran Multi Zillion Enterprise (KT-0164498-P) yang ditubuhkan pada tahun 2003 (dahulunya dikenali sebagai Hanum Enterprise), beroperasi di sebuah kilang yang terletak di Lot 1602, Tualang Salak, 16070 Jelawat, Kelantan. Pada peringkat awal kami menceburi bidang perniagaan penyajian makanan (catering). Memandangkan bidang pengeluaran dan pemprosesan makanan mempunyai prospek yang cerah maka mulai tahun 2003 kami mengeluarkan beberapa jenis produk makanan sejuk beku yang terdiri daripada pelbagai jenis kuih muih dan pastri. Penglibatan kami di bidang ini bukan sekadar untuk berniaga malah kami rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk membekalkan produk-produk HALAL dan SUCI kepada umat Islam. Pada bulan Julai 2008, premis pengeluaran kami telah menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islama Kelantan. Bagi mengembangkan perniagaan kami,syarikat sentiasa berusaha untuk meningkatkan jenis produk dan mutu produk, dari masa ke semasa. Kini kami merupakan satu-satunya pengusaha produk KEK DAN MAKANAN SEJUK BEKU yang BERSTATUS HALAL di daerah BACHOK.


Produk jenama anum's™ bermula di dapur. Pada tahun 2003, bermula daripada perusahaan kecil-kecilan yang dibuat di dapur tanpa bantuan sebarang mesin dan peralatan moden, pasarannya begitu terhad dan kapasiti pengeluaran juga adalah kecil. Tahun 2004, berpindah ke sebuah bengkel pengeluaran seluas 12 X 20 kaki persegi dengan dua pembantu, kini anum's™ telah memiliki sebuah premis kedai dua tingkat seluas 2000 kaki persegi yang dijadikan kilang pengeluaran dan pejabat. Dengan bantuan pelbagai jenis mesin 6 orang pembantu dapur, 8 orang jurujual, kami telah dapat meningkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan jenis produk . Pada masa-masa akan datang syarikat bukan setakat bercita-cita untuk meningkatkan lagi jumlah pengeluaran , malah kini kami telah membuat persediaan untuk bersaing dengan pengeluar yang sudah stabil dan telah lama menceburi bidang ini.


Kejayaan dan Pencapaian Syarikat
1. Pada tahun 2006, kejayaan kami ialah ditawarkan untuk menjadi peserta Program "Groom Big" Peningkatan Kualiti Makanan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) - SIRIM Berhad. Melalui program ini, harapan kami ialah untuk menembusi pasaran di seluruh Malaysia, adalah tidak mustahil suatu hari nanti jenama anum's™ akan memasuki pasaran global. Jenama anum's™ telah didaftarkan (Trade Mark) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia oleh pihak SIRIM BERHAD iaitu Juruperunding Program “Groom Big”. Bagi memperolehi jaminan kualiti produk, kami sedang berusaha untuk membuat nutirtion labelling untuk semua produk kami, dan memperbaharui labelling dan packaging.

2. Satu lagi program di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) ialah “ Program Promosi Satu Daerah Satu Indsutri (SDSI)”. Melalui program S.D.S.I ini, kami pernah mendapat peluang untuk mempromosikan produk melalui media elektronik dengan kerjasama DAPAT Vista Sdn.Bhd.

3. Di samping itu perusahaan kami juga diberi bantuan teknikal dan bimbingan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Kelantan ( Department of Agriculture Kelantan ). Pihak Jabatan Pertanian Kelantan telah memberikan pelbagai kursus dan latihan berkaitan dengan peningkatan produk serta keusahawanan. Melalui bantuan yang diterima, kami manfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan dan peningkatan kualiti produk.

4. Pada tahun 2008, premis kami telah menerima pensijilan HALAL daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Lokasi Perniagaan

Multi Zillion Enterprise memiliki sebuah premis yang mengeluarkan produk kek, roti, produk sejuk beku dan biskut yang terletak di Lot 1602, Kampung Tualang Salak, berada sejauh satu kilometer dari Pekan Jelawat dan 9 kilometer dari Bandar Bachok. Ianya terletak di tepi laluan utama dari Kota Bharu, Binjai, Bukit Marak ke Jelawat dan Bachok. Perjalanan ke Bandar Kota Bharu pula hanya memakan masa 25 minit.

Produk Utama dan Terkenal Anum's

Produk utama keluaran syarikat kami ialah Kek Keladi, Kek Coklat Lembab, Kek Coklat Lembab Almond, Kek Coklat Lembab White Choc n Chip, Kek Bluebery, Kek Blackforest, Cotton Cheese Cake, Cotton Cheese Blueberry Cake, Donat, Donat Kentang, Karipap Daging, Karipap Daging Black Papper dan Samosa dan lain-lain. Produk tersebut menjadi imej kepada syarikat kami disebabkan oleh keunikan, kelazatan dan keenakan rasanya.

Berminat Dengan Produk Kami?

Sekiranya berminat untuk mencuba produk kami atau menjadi pengedar. Bolehlah dapatkan sampel percuma, hubungi saya Puan Anum , Cikgu Lan, nombor telefon 013-983 3038, 019-984 8038 atau e-mail: multizillion@hotmail.com. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan pengedar di luar Kelantan terutamanya di Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Kadar keuntungan antara 35% hingga 45% terutama bagi produk kek. Pengangkutan percuma disediakan.